Gambar atas: Harian Metro.
Oleh Fetty Rara
PEMAIN dram terbaharu kumpulan rock Search hanya berumur 17 tahun tetapi telah mengagumkan peminat rock dengan persembahan ‘power’ pada Konsert Nusafest 2023 di Bandar Malaysia semalam.
Dia ialah Naimi Daini, pelajar sekolah menengah dari Kuala Lumpur yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.
Walaupun hanya seorang ‘sessionist’, Naimi yang mempamerkan ciri-ciri pemain dram profesional telah mencetuskan harapan dalam kalangan peminat Search agar menjadi anggota penuh band itu apabila dia menamatkan persekolahannya.
Pemain bass, Nasir Daud dalam temu bual dengan Harian Metro Online semalam berkata Naimi seorang yang rajin, berdedikasi, berdisiplin dan merendah diri, dan telah membuat persembahan bersama vokalis Amy, pemain gitar Hillary Ang dan Man Kidal serta dirinya sejak lebih sebulan lalu.
Tambah Nasir, selain Naimi, Search juga mempunyai pemain dram popular Arthur Kam, abang kepada pemain keyboard dan pengarah muzik Genervie Kam, dalam beberapa konsert dan persembahan.
-BTS Media