Oleh Yusoff A. Shariff
PENGASAS Kumpulan Emkay Mustapha Kamal Abu Bakar telah meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Menurut laporan media, veteran industri hartanah itu meninggal dunia pada pukul 7.45 pagi di Institut Jantung Negara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini (Isnin 25 Julai).
Mustapha Kamal mengasaskan Emkay pada 1983 dan menceburi projek sulungnya di Taman Meru Jaya serta projek pembangunan hartanah pertamanya yang diswastakan di Bandar Baru Sungai Buloh.
Kumpulan itu terkenal dengan pembangunannya di Cyberjaya, yang bernilai lebih RM2.5 bilion, melalui syarikat bersekutu MK Land Holdings Bhd dan Setia Haruman Sdn Bhd.
-BTS Media