BTS Media

Khalid Samad nasihat orang UMNO jangan undi jika tak mahu undi DAP

Oleh Zainal AS Rashid

PENGARAH komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad berkata Ahli UMNO yang berasa keberatan untuk mengundi calon DAP pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan dinasihatkan supaya mengambil pendirian berkecuali.

Khalid berkata calon DAP biasanya diletakkan di kerusi majoriti bukan Melayu, tetapi beliau mengakui ada ahli UMNO yang sukar mengundi parti tersebut yang merupakan musuh ketat mereka sejak berpuluh tahun.

Beliau mendakwa undi untuk PN akan merugikan Pakatan Harapan (PH), yang mana DAP dan Amanah adalah sebahagian daripadanya, dan dikhuatiri akan menyebabkan kehancuran Barisan Nasional (BN) yang juga dianggotai oleh UMNO, lapor Mingguan Malaysia.

Akhbar itu telah menghubungi Khalid untuk mendapatkan ulasan susulan dakwaan pengundi Melayu lari daripada UMNO kerana mereka tidak dapat menerima hubungan perpaduan parti tersebut dengan DAP.

PH dan BN kini adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Khalid juga dilaporkan berkata pengundi UMNO harus fokus untuk mengalahkan PN kerana ia adalah gabungan yang bertujuan menggantikan parti itu (UMNO).

Beliau berkata, PRN ini akan menentukan sama ada BN boleh terus hidup atau mati, dan oleh itu semua penyokong BN perlu mengambil peluang untuk PN dikalahkan, kerana yang boleh menggantikan UMNO ialah PN.

Pengundian bagi enam pilihan raya negeri bagi Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan diadakan pada 12 Ogos ini.

-BTS Media

Leave a Comment