PENGERUSI BN, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam yang melabelkan MCA dan MIC sebagai “biawak hidup” tidak perlu dilayan.
Zahid berkata pemimpin tertinggi BN tidak menyokong “pendapat peribadi” yang disuarakan oleh Lokman.
“Tak perlu layan pendapat individu walaupun berbeda.
“Parti tak endorse kepada pendapat-pendapat yang berbeza itu.
“Kita pegang kepada pendirian rasmi kepimpinan utama setiap parti yang ada dalam BN dan parti yang ada dalam PH,” katanya.
Zahid berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23 di Hotel Sunway Resort di Selangor.
Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/669940