BTS Media

Anggota polis Wanita tular buat hal lagi

Oleh Yusoff A. Shariff

POLIS wanita berusia 35 tahun yang diikat jamin selepas ditahan kerana memaki hamun kakitangan berpangkat rendah minggu lalu, buat hal lagi.

Satu lagi video yang didakwa memaparkan individu sama muncul malam tadi ketika dia berada di balai polis Seri Petaling, lapor NST.

Dalam video terbaru ini, wanita itu berkata kepada seorang pegawai beruniform supaya tidak memberinya sebarang arahan.

Kedengaran dia menegur seorang lans koperal supaya jangan memberi arahan kepadanya, dan mengingatkan pegawai polis itu supaya sedar had kuasanya.

Apabila lans koperal itu cuba menjelaskan dirinya, dia “diarahkan” oleh wanita tersebut supaya meminta pegawai atasan bercakap dengannya.

Difahamkan, wanita itu datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai anggota polis yang menahannya sebelum ini.

Ada juga yang berkata dia taksub dengan pangkatnya.

Video ini sekali lagi mendapat kecaman daripada orang ramai yang mempersoalkan bagaimana dia dibenarkan untuk duduk di belakang kaunter atau mengarahkan mana-mana anggota yang sedang bertugas pada masa itu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga video muncul di media sosial dan dua kertas siasatan telah dibuka terhadapnya.

Polis wanita itu kini sedang dalam penelitian kerana ugutan jenayah dan juga dituduh menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan menggunakan bahasa yang menyinggung, tidak menghormati atau merendahkan orang lain.

-BTS Media

Leave a Comment