BTS Media

Ahmad Maslan punca kemusnahan UMNO, kata Tajuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa kemusnahan yang berlaku kepada UMNO kini disebabkan nasihat diberikan Ahmad Maslan ketika Ahli Parlimen Pontian itu menjadi Setiausaha Agung.

Tajuddin yang digantung keahlian dalam UMNO berkata, ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), Ahmad tidak menghiraukan pandangan akar umbi berkaitan isu calon yang diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

“Dia tidak menjadi penasihat yang betul kepada Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi). Akar umbi dah beritahu kepada parti (berkaitan dengan calon) namun dia (Ahmad) tak nak dengar.

“Orang nak calon tempatan, tetapi parti ketika itu hantar calon luar…jadi berlaku pemberontakan akar umbi dan (akar umbi) memilih calon lawan sebagai protes, siapa yang rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang menjadi venue Perhimpunan Agung UMNO (PAU) semalam.

UMNO pada PRU15 mencapai rekod terburuknya apabila hanya memenangi 26 kerusi Parlimen dengan kebanyakan kerusinya tewas kepada calon dari Perikatan Nasional (PN).

UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga selain hilang Perlis yang dikuasainya sejak sekian lama.

Dalam pada itu, Tajuddin turut meminta UMNO supaya memulihkan status keahliannya dalam parti supaya beliau dapat turun membantu BN untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi terutama untuk menggempur pesaing UMNO.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1112509/tajuddin-dakwa-ahmad-maslan-punca-kemusnahan-umno

Leave a Comment