BTS Media

Tajuddin Pasir Salak disingkir daripada Majlis tertinggi UMNO

Oleh Yusoff A. Shariff

AHLI Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman telah disingkirkan daripada majlis tertinggi UMNO.

Timbalan presiden UMNO Mohamad Hasan mengesahkan perkara ini pada Jumaat 24 Jun.

Beliau berkata Tajuddin dilantik ke jawatan itu, dan presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berhak untuk memecat beliau daripada majlis tertinggi.

Bagaimanapun, Tajuddin enggan mengulas tentang perkara itu ketika dihubungi.

Keputusan presiden itu disampaikan kepada Tajuddin oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan melalui surat bertarikh 21 Jun.

Ahmad Maslan turut mengucapkan tahniah kepada Tajuddin kerana terpilih sebagai duta Malaysia ke Indonesia.

Pada 26 Mei tahun lepas Tajuddin ditamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd kerana mengeluarkan kenyataan yang sepatutnya berhubung kemalangan LRT pada 24 Mei.

Kemudian, pada Julai tahun lalu, Ahmad Zahid juga telah memecat Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya parti UMNO dan menggantikannya dengan Mohamad.

Ahmad Zahid berkata jawatan Mohamad sebagai timbalan pengerusi Barisan Nasional akan memudahkan proses membuat keputusan bagi persiapan pilihan raya kerana ia melibatkan parti komponen.

-BTS Media

Leave a Comment