BTS Media

Khairy akan jumpa Muhyiddin minggu depan bincang masuk BERSATU

 

Oleh Yusoff A. Shariff

KHAIRY Jamaluddin dijangka bertemu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu depan untuk membincangkan kemungkinan menyertai parti itu.

Beliau yang berkata demikian dalam episod terbaharu podcast “Keluar Sekejap” bersama Shahril Hamdan, menjelaskan bahawa pertemuan itu susulan tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh mesyuarat.

Dalam podcast itu juga, Khairy juga berkata pertemuannya dengan Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein bukan mengenai politik dan tiada konspirasi di sebaliknya.

-BTS Media

Leave a Comment