BTS Media

Anwar harap pelaburan tempatan KWSP capai 70 peratus tahun ini

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan harapan agar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai jumlah 70 peratus pelaburan di negara ini tahun ini.

Beliau berkata sasaran itu boleh membantu dalam membasmi golongan miskin tegar di negara ini, memandangkan KWSP telah mencapai 64 peratus pelaburan di negara ini tahun lepas.

“Saya lihat pelaburan KWSP di negara ini agak tinggi (tahun lepas) dan saya harap ia boleh mencecah 70 peratus menjelang tahun ini.

“(Dan) kita juga perlu ingat untuk memasukkan keperluan rakyat (dengan pelaburan), ” katanya dalam ucaptama ketika merasmikan KWSP cawangan Kwasa Damansara, di Sungai Buloh, hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment