Oleh Zainal AS Rashid
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengulangi keputusannya untuk tidak membenarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rakyat.
Anwar berkata walaupun pengeluaran itu tidak dianggap sebagai keputusan popular, wang pencarum perlu dijaga untuk kegunaan masa depan, lapor NST.
“Wang pencarum adalah seperti janji dan ‘akad’ yang digariskan di bawah perjanjian KWSP untuk kegunaan masa depan.
Beliau berkata dalam ucaptama majlis perasmian cawangan KWSP Kwasa Damansara pada Isnin bahawa sebelum ini pengeluaran dibenarkan kerana pandemik Covid-19.
-BTS Media