BTS Media

Remaja tegur lelaki dewasa merokok di restoran, dibalas dengan kebiadaban

Oleh Fetty Rara

RATA-RATA orang ramai memuji dan menyokong seorang remaja kerana berani menegur seorang lelaki dewasa merokok di sebuah restoran mamak baru-baru ini.

Bagaimana pun, teguran dibalas dengan kemarahan oleh lelaki dewasa itu yang mempersoalkan kesedaran sivik dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berhak tidak diganggu oleh asap rokok di tempat awam.

Video kejadian yang dirakam oleh seorang rakan remaja itu menjadi tular.

Lelaki dewasa itu menghampiri remaja tersebut dan dengan marah menuding jari dan bertanya kepada remaja itu sama ada dia seorang pegawai, dan kemudian terus menyerangnya dengan kata-kata  apabila diberitahu dia kurang ajar.

“Awak pegawai ke? Mamak ini pun tidak berani tegur saya.”

“Saya cuma minta awak berhenti merokok di sini…saya mintak elok-elok, awak yang biadab. Awak yang bertindak kurang ajar,” kata remaja lelaki itu dengan tenang.

Bagaimanapun, kawan yang merakam kejadian kemudian menunjukkan notis larangan merokok di atas meja restoran, dan memuji rakannya kerana tegas berdepan dengan lelaki dewasa itu.

Kejadian itu menyerlahkan kepentingan meminta orang supaya  bertanggungjawab atas tindakan mereka, tanpa mengira umur atau status.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memberi maklum balas terhadap video tular itu dengan menyatakan mereka mengambil perhatian dan menghargai keprihatinan remaja berkenaan.

Video itu mendapat lebih 7,500 tweet semula dan 5.7 juta tontonan sejurus ditularkan.

-BTS Media

Leave a Comment