BTS Media

Kanak-kanak lelaki, 12, maut disyaki akibat komplikasi strok haba

GAMBAR ATAS: Sinar Harian.

 

SEORANG bapa di Kluang mula-mula menyangka anak keduanya hanya demam, tetapi kebimbangannya tidak lama kemudian bertukar menjadi kesedihan apabila si anak meninggal dunia, disyaki akibat komplikasi strok haba.

Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata, anak keduanya Airiel Syahren, 12, mengalami demam panas pada malam Ahad (30 April).

Dia menyuruh anaknya berehat di dalam bilik, tetapi berkata kemudian mendapati Airiel Syahren menjadi resah sekitar tengah malam.

“Saya agak ia demam biasa dan menyuruhnya tidur di ruang tamu yang lebih sejuk,” kata Syahrol Azmi kepada Sinar Harian.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya mendapati dia menggigil dan mengalami kekejangan, lalu menghubungi Jabatan Kecemasan Hospital Kluang.

“Saya diberitahu supaya tidak memberinya sebarang makanan atau cecair sehingga ambulans tiba,” katanya pada Selasa (2 Mei).

Syahrol Azmi berkata, anaknya semakin gelisah ketika menunggu ambulans, dan mengalami masalah inkontinens.

“Dia kelihatan dalam kesakitan sangat. Kami pergi ke hospital tetapi saya pulang ke rumah kemudian dan memberitahu anak sulung menemani Airiel Syahren.

“Saya kemudian pergi semula ke hospital, dan mendapati doktor memberi rawatan kecemasan kepada anak saya.

“Seorang doktor memanggil saya ke biliknya dan memberi menjelaskan tentang keadaannya.

“Melihatkan keadaan anak saya macam tu saya dah tak sampai hati. Dalam hati saya berkata, ‘kalau nak pergi, pergilah’ jangan seksa dia macam ini, keadaan dia tak mengizinkan dia untuk terus sakit,” katanya.

Menurut pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis.’

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bentong selepas solat Zohor pada Isnin (1 Mei).

Seorang lagi anak lelaki Syahrol Azmi, Aidil Syahren, sembilan tahun, juga mengalami demam pada Ahad tetapi pihak hospital berkata keadaannya stabil.

-BTS Media

Leave a Comment