BTS Media

Siapa yang dapat manfaat daripada penambakan laut untuk projek PSI?

Oleh Yusoff A. Shariff

PERTUBUHAN Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR) mempersoalkan kerajaan pusat dan negeri jika mereka mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan tiada satu kaum pun akan terpinggir daripada pembangunan tiga pulau buatan manusia di projek Pulau Pinang Selatan (PSI).

Pengerusinya Datuk Dr Muhamad Farid Saad bertanya sama ada kerajaan pusat dan negeri akan memastikan tiga pulau buatan manusia itu didiami secara adil oleh orang Pulau Pinang serta rakyat dan bukan warganegara, lapor NST.

“Mengimbas kembali projek tebus guna pantai di Tanjong Tokong, dan kini dikenali sebagai Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang, kesannya ialah penderitaan kepada nelayan sepanjang tempoh projek itu.

“Apatah lagi untuk projek PSI, di mana kerja-kerja penambakan boleh memakan masa sehingga lebih dua dekad?

“Tengok sekarang siapa yang tinggal di Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang. Adakah kumpulan B40? Kumpulan mana yang memonopoli tanah dan rumah di situ? Dah jadi kawasan elit,” katanya.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow baru-baru ini mengumumkan bahawa Pulau Pinang yang akhirnya mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek penambakan PSI Chow itu juga perlu memenuhi 71.

Beliau berkata sebarang kerja penambakan hanya akan dimulakan selepas kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diperoleh, yang dijangka pada suku ketiga tahun ini.

Kumpulan alam sekitar dan nelayan melahirkan rasa kecewa kerana EIA telah diluluskan.

Mereka mendakwa bahawa semua kebimbangan yang mereka bangkitkan selama adalah sia-sia belaka. Mereka mahu Jabatan Alam Sekitar (DoE) mendedahkan alasan bagi keputusan itu secara telus.

Mengulas lanjut, Farid berkata projek PSI bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan Pulau Pinang, tetapi juga nelayan di Perak.

”Pencemaran laut juga akan memberi kesan langsung kepada Perak kerana tanah laut akan diambil dari situ.

“Bagaimana pula dengan tanah merah dan batu yang akan digunakan…dari mana semua itu akan diambil?” soalnya.

Farid berkata kelulusan EIA adalah sesuatu yang dijangka, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri pernah menyuarakan keraguan beberapa tahun lalu.

“Sekarang, apabila beliau berada di kemuncak kuasanya, projek yang mendapat bantahan awam (sejak dahulu) itu telah diluluskan.

”Apakah faedahnya kepada rakyat? Adakah benar hasil jualan tanah pulau-pulau ini akan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur negeri sahaja atau ada agenda lain? Kerajaan negeri lebih tahu.

”Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang akan datang yang menerajui kerajaan negeri pimpinan DAP lebih mengetahui sasaran sebenar kerana projek tersebut akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini,” tambahnya.

Semalam, Anwar menolak dakwaan bahawa beliau enggan melayan kebimbangan dibangkitkan mengenai projek kontroversi PSI, yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan NGO dan nelayan di kawasan itu.

Kerajaan pusat, kata Anwar, bersedia mendengar kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan berhubung pembangunan projek itu.

Beliau juga berkata kerajaan Pulau Pinang perlu diberi peluang untuk menjelaskan segala kebimbangan yang dibangkitkan.

-BTS Media

Leave a Comment