PUTRAJAYA: Tol Rahmah percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Jumaat dan pada 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan 33 lebuh raya utama negara.
“Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media hari ini.