BTS Media

Diskaun dan tol percuma untuk balik raya!

GAMBAR ATAS: Aziz A. Shariff

 

Oleh Feste KR

Bagi yang memandu pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ini kerajaan telah mengumumkan diskaun dan tol percuma.

Kadar lebih murah atau bebas tol ini membabitkan 30 lebuh raya di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata diskaun dan pengecualian tol itu dianggarkan dapat menjimatkan pengguna jalan raya sebanyak RM77.1 juta yang akan ditanggung oleh pengusaha lebuh raya.

Dalam kenyataan pada Isnin (25 April), beliau berkata inisiatif itu diberikan selaras dengan peralihan ke Fasa Endemik Covid-19 sejak 1 April tahun ini dan sempena sambutan Aifilfitri yang dijangka jatuh pada 3 Mei depan,

PLUS, yang mengendalikan lebuh raya utara-selatan, akan mengetepikan tol bermula tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam pada 1 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.

Satu lagi laluan tol yang akan mengetepikan bayaran tol, ialah Lebuh Raya Pantai Timur yang dikendalikan oleh Anih Berhad. Pengecualian tol akan berkuat kuasa dalam tempoh yang sama.

Kedua-dua syarikat konsesi juga akan mengetepikan tol untuk perjalanan balik berkuat kuasa tengah malam 7 Mei hingga 11.59 malam pada 8 Mei.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua syarikat konsesi itu mengetepikan tol bagi kedua-dua perjalanan.

Sementara itu, pengusaha laluan tol lain pula telah bersetuju untuk memberikan diskaun antara 30 dan 50 peratus kepada pengguna jalan raya mereka.

Senarai lebuh raya yang menawarkan pemberian tol percuma dan diskaun tol

 

Tol Percuma

Lebuh raya Utara Selatan (PLUS)

Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Lebuh raya Seremban – Port Dickson (SPDH)

Lebuh raya Butterworth – Kulim (BKE)

Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 1

Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2

Lebuh raya KL – Karak (KLK)

 

Diskaun 50 peratus

Lebuh raya Shah Alam (KESAS)

Lebuh raya Damansara – Puchong (LDP)

Lebuh raya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

Lebuh raya Sungai Besi (BESRAYA)

Lebuh raya Baru Pantai (NPE)

Lebuh raya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX)

Lebuh raya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

 

Diskaun 30 peratus

Projek Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)

Lebuh raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

Lebuh raya KL- Kuala Selangor (LATAR)

Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

Lebuh raya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )

Lebuh raya Lingkaran Kajang (SILK)

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JPP2)

Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Lebuh raya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat (SPRINT)

Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS)

Lebuh raya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)

Lebuh raya Senai – Desaru (SDE)

Lebuh raya Persisiran Pantai Barat (WCE)

-BTS Media

Leave a Comment