BTS Media

Penasihat Karangkraf dakwa dikasari pengawal peribadi menteri

PENASIHAT Kumpulan Karangkraf Hussamuddin Yaacub mendakwa dikasari pengawal peribadi seorang menteri dalam acara di pejabat syarikat media itu.

Beliau yang juga pengasas Karangkraf mengeluh berkaitan perkara itu di media sosialnya, tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Setakat ini tidak pasti dia merujuk kepada acara mana.

Bagaimanapun dua hari lalu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution hadir dalam acara perbincangan bersama rakyat di pejabat Karangkraf di Shah Alam.

“Ujian terbesar saya Ramadan kali ini adalah bila saya ditolak dengan kasar oleh seorang bodyguard menteri yang datang ke event di Karangkraf dan saya adalah hos utamanya,” dakwanya.

Usaha sedang dibuat untuk menghubungi Hussamuddin dan Saifuddin bagi mendapatkan maklumat lanjut dan komen mereka.

Hussamuddin berkata dia telah menjadi tuan rumah kepada banyak golongan kenamaan termasuk sultan, perdana menteri, menteri besar dan menteri tetapi tidak pernah berlaku insiden seperti itu.

Beliau menyifatkan pengawal peribadi itu sebagai overzealous (melampau).

Karangkraf adalah pemilik akhbar Sinar Harian.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/661951

Leave a Comment