BTS Media

Cyberjaya pernah jadi tuan rumah parti LAN paling lama di dunia

Oleh Zainal AS Rashid

PARTI LAN adalah acara perlawanan permainan dalam talian bagi ramai pelajar kolej pada pertengahan tahun 90an.

Pada masa itu, satu-satunya cara untuk sekumpulan kawan bermain permainan komputer adalah jika semua mereka berada dalam satu bilik bersama komputer yang dihubungkan  menggunakan berwayar antara satu dengan lain.

Biasanya mereka bermain ‘game’ Counter-Strike atau Defense of the Ancients (DOTA).

Mereka sama ada melakukan ini di rumah kawan, atau lebih biasa di Malaysia, di Internet Cafe.

Kadangkala, institusi pendidikan akan turut mengambil bahagian dan menganjurkan parti LAN mereka sendiri sebagai acara khas, yang kehebatannya kadangkala mencipta nama.

Rekod tidak rasmi tempoh acara paling lama diadakan pernah tercatat diadakan di Cyberjaya, Malaysia.

Bagi yang tidak memahaminya, istilah LAN ialah akronim untuk Rangkaian Kawasan Setempat, iaitu sekumpulan komputer yang disambungkan ke server, suis atau router.

Parti atau pesta LAN ialah apabila rangkaian sedemikian disediakan semata-mata untuk pengguna menikmati keseronokan digital bermain permainan komputer berbilang pemain bersama-sama.

Pada 11 April 2009, seramai 291 pemain berkumpul di Cyberjaya untuk berseronok bermain ‘game’ bersama-sama dan dianggap telah memecahkan Rekod Dunia Guinness pada masa itu untuk pesta LAN tempoh paling panjang, iaitu 36 jam, lapor The Star.

Cubaan mencipta rekod itu diadakan semasa konvensyen permainan Cyber Fusion 2009 dan merupakan acara antarabangsa yang menyaksikan penyertaan pemain dari Malaysia, China, Brunei, Korea dan juga Yemen.

Kebanyakan peserta berumur antara 19 dan 25 tahun.

Katanya, 17 peserta tercicir selepas beberapa jam atas pelbagai sebab termasuk keletihan. Penganjur acara pada mulanya menyasarkan tempoh sehingga 38 jam, namun, apabila mereka mencapai sasaran itu, mereka memutuskan untuk melanjutkannya hingga 40 jam.

Peserta bermain DOTA (yang masih game’ popular sekarang), Call of Duty 4, FIFA ’09 dan Sudden Attack.

Seperkara yang perlu diakui ialah pada awal tahun 2000-an, terdapat Internet Cafe  yang beroperasi 24 jam sehari (walaupun tidak dibenarkan) dan kebanyakannya dikunjungi oleh pelajar kolej bermain permainan berbilang pemain (Massively Multiplayer Online Game atau MMOG), oleh itu secara teknikal, mereka sepatutnya dianggap pemegang rekod permainan paling lama.

Tapi, memandangkan tiada seorang pun daripada mereka yang memohon untuk dimasukkan rekod pencapaian ke Guinness Book of Records, rekod masih kekal dipegang oleh acara Cyber Fusion 2009 hingga ke hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment