GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Yusoff A. Shariff
MESYUARAT Dewan Rakyat pada Khamis (28 Julai) dijangka menyaksikan penggulungan perbahasan dan undian Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Menghalang Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka menggulung perbahasan rang undang-undang itu pada 2.30 petang.
RUU itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga untuk diluluskan di Dewan Rakyat.
Menurut Perintah Kertas pada laman web rasmi Parlimen, perbahasan RUU itu akan diteruskan untuk hari kedua selepas sesi soal jawab.
Seramai 41 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan pada Rabu (27 Julai).
-BTS Media