GAMBAR ATAS: Penang Wikia/Polopnangite.
Oleh Zainal AS Rashid
DUA sekolah convent di George Town, Pulau Pinang, iaitu SMK Convent Pulau Tikus (CPT) dan SMK Convent Light Street (CLS) menutup pintu masing-masing untuk selama-lamanya.
Ia merupakan hari terakhir bagi kedua-dua sekolah dengan 40 pelajar dan 11 guru CPT menjadi kumpulan terakhir dalam sejarah panjang sekolah itu yang ditubuhkan pada 1950.
Ia merupakan detik amat sayu bagi pelajar dan guru yang menghadiri majlis penyerahan rasmi sekolah kepada pemiliknya Infant Jesus Sisters (IJS), lapor The Star.
“Kami menyaksikan semua detik gembira dan sedih di sekolah ini kerana kami dianggap seperti sebuah keluarga di sini,” kata pengetua CPT Khaw Juat Woon pada Jumaat (31 Mac) yang akan bertukar ke Convent Bukit Mertajam bulan depan.
Kedua-dua sekolah tersebut berhenti mengambil masuk pelajar baharu pada 2018 kerana terdapat rancangan untuk menjadikannya sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi.
CLS diasaskan pada tahun 1852 dan merupakan sekolah perempuan tertua di Asia Tenggara.
Kumpulan terakhir pelajar dari kedua-dua sekolah itu telah menamatkan peperiksaan SPM pada bulan Mac dan sedang menunggu keputusan mereka.
-BTS Media