BTS Media

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar

Oleh Fetty Rara

EMPAT beradik maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Sabak Awor, Muar, pada Rabu (29 Mac) malam apabila ditinggalkan seketika oleh ibu mereka.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar Shahrizal Mokhtar pihaknya menerima  panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.49 malam.

Beliau berkata rumah tersebut musnah 80 peratus apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian Jalan Ismail.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, dua mangsa perempuan berusia empat dan enam tahun; dan dua lelaki berusia lapan dan tiga tahun ditemukan tidak sedarkan diri di bahagian bilik air selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Mereka dikenal pasti sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8 tahun; Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3.

Shahrizal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian, dan mayat mereka kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Berita Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisional Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika kejadian ibu yang berusia 31 tahun meninggalkan rumah sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran di bandar.

-BTS Media

Leave a Comment