Oleh Zainal AS Rashid
MOHD Hussein Mohd Nasir atau yang juga dikenali dengan panggilan “Datuk Roy” dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Selasa (14 Mac).
Lelaki berusia 54 tahun itu tiba kira-kira pukul 10.00 pagi, diiringi oleh dua pegawai SPRM.
Pada Isnin (13 Mac), sumber memberitahu akhbar The Star bahawa Mohd Hussein menyerahkan dirinya kepada SPRM, dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa untuk mendapatkan perintah reman.
Dia turut ditahan oleh SPRM berhubung siasatan ke atas program Jana Wibawa.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, SPRM menamakan Mohd Hussein sebagai individu yang berkepentingan dalam siasatan terhadap program itu.
Juga dilaporkan bahawa “Datuk Roy” mempunyai sabitan rasuah sebelum ini.
Pada 9 Mac, SPRM menahan empat individu berumur antara 40 dan 50 tahun, termasuk seorang pegawai SPRM dan seorang wanita.
Mereka didakwa meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi menghalang siasatan kes berkenaan.
Program Jana Wibawa yang telah diluluskan untuk dilaksanakan oleh Kabinet pada November 2020, bertujuan untuk mengurangkan masalah ekonomi kontraktor bumiputera semasa pandemik Covid-19.
-BTS Media