MAHKAMAH Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendapatkan sementara pasportnya bagi tujuan pergi ke Singapura untuk upacara pengebumian bapa saudaranya.
Hakim Azura Alwi berkata, pasport itu akan diberikan kepada Guan Eng hari ini, tetapi perlu  dipulangkan kepada mahkamah sebelum atau pada 10 Mac ini.
Terdahulu, Syafiqah Sofian berkata anak guamnya perlu mendapatkan pasport untuk tujuan tersebut selama dua hari bermula esok.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Guan Eng dimaklumkan tentang kematian bapa saudaranya, Lim Kit Hee pada pukul 6.00 petang Rabu lepas.
Menurut Syafiqah, Guan Eng berhasrat untuk menghadiri upcara pengebumian mendiang di Orchid Hall, Singapura esok.
Beliau selanjutnya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berisiko untuk melarikan diri kera dia dikenali ramai sebagai pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bagan”Anak guam tiada risiko melarikan diri kerana dikenali ramai sebagai Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bagan.
Selain itu, Syafiqah berkata Guan Eng telah dikenakan jumlah jaminan tinggi sebanyak RM1 juta dan tidak pernah gagal menghadiri mahkamah kecuali sakit atau perlu ke Parlimen.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, tidak membantah permohonan pasport itu, tetapi berkata pasport perlu dikembalikan sebelum tarikh pendengaran kes Guan Eng seterusnya pada 17 Mac ini.
Guan Eng, 63, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta bagi membantu syarikat milik Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
untuk mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, di Tingkat 28, Komtar, Georgetown antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada Zarul Ahmad sebagai penghargaan mendapatkan projek itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City Kuala Lumpur pada Mac 2011.
Guan Eng turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut.
-BTS Media