BTS Media

Penerimaan pendatang amat penting untuk kemakmuran Singapura

GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

TIMBALAN Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat menyeru agar negara itu kekal terbuka kepada pendatang, kerana ia kritikal untuk terus berkembang maju.

Beliau berkata mereka yang mungkin tidak dilahirkan dan dibesarkan di negara itu boleh menyumbang kepada bab pembangunan Singapura seterusnya.

Heng berkata demikian kepada media Selasa lalu pada pelancaran buku “An Illustrious Heritage: The History Of Tan Tock Seng and Family” yang mengisahkan kehidupan tokoh terkenal Singapura, Tan Tock Seng dan keturunannya.

Tan Tock Seng, yang merantau ke Singapura dari Melaka pada 1819, adalah salah seorang ahli perniagaan dan dermawan paling berjaya dalam sejarah republik itu.

Antara sumbangan beliau yang amat berharga kepada masyarakat Singapura, termasuk pembinaan sebuah hospital pada 1844 untuk orang miskin dari semua kaum. Hospital yang kekal sehingga hari ini itu kemudian dinamakan Hospital Tan Tock Seng.

HOSPITAL Tan Tock Seng pada 1844.

Heng berkata Singapura dibina dan membangun atas usaha pendatang seperti Tan Tock Seng.

Menurut beliau, masyarakat pendatang mengharungi pelbagai cabaran dan kehidupan yang amat teruk, namun kecekalan dan rasa solidariti telah membentuk Singapura yang maju hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment