BTS Media

Singapura tarik balik jualan kicap Malaysia

 

Oleh Yusoff A. Shariff

SINGAPURA telah menarik balik kicap dari Malaysia selepas dikesan bahawa paras kandungan asid benzoik melebihi had kawalan untuk sos yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), penggunaan asid benzoik turut tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan produk – Kicap Cap Bunga Tangan / Hand Flower Brand.

SFA dalam catatan Facebook pada Jumaat (2 Sept) berkata sebagai langkah berjaga-jaga, syarikat pengimport Heng Yoon Trading Pte Ltd diarahkan menarik balik produk tersebut.

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, SFA berkata hanya tahap bahan tambahan makanan dibenarkan boleh digunakan dalam makanan.

Bagaimana pun, SFA berkata bahawa setakat penggunaan sekali produk berkenaan tidak mungkin memudaratkan kesihatan , kerana kicap bukan makanan ruji yang diambil pada tahap tinggi.

-BTS Media

Leave a Comment