LAHORE: Beberapa anggota polis semalam clgagal menangkap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, yang berdepan beberapa kes keranan kononnya menekan kerajaan supaya mengadakan pilihan raya awal.
Polis Islamabad telah menyerbu ke kediaman Imran di timur Lahore, tetapi mendapati lokasi itu yang dikepung oleh ratusan penyokong sehingga pihak berkuasa gagal menahan beliau, lapor AFP.
Jurucakap polis mendakwa Imran enggan menyerah diri, dan superintendan polis yang memasuki telah ke dalam kamar mendapati beliau tiada di situ.
Waran tangkap dikeluarkan setelah Imran gagal hadir di mahkamah atas satu kes rasuah pada 28 Februari.
Imran dituduh gagal mengisytiharkan hadiah yang diterimanya ketika menjadi Perdana Menteri atau keuntungan setelah menjual barangan itu.
Di Pakistan, pegawai kerajaan wajib mengisytihar semua hadiah tetapi dibenarkan untuk menyimpan barang dkurang nilai tertentu.
“Saya dipanggil kerana kes palsu dan negara harus tahu mengenainya.
“Ia akan menjadi petanda buruk jika negara tidak menentang pemerintah yang korup,” katanya.
Menurut pemerhati, mahkamah Pakistan seringkali digunakan untuk ‘menekan’ ahli Parlimen negara itu.
Imran yang ditembak di bahagian kaki semasa perhimpunan tahun lalu, didakwa cuba mengganggu kerajaan sejak dipecat sebagai perdana menteri menerusi undi tidak percaya pada April tahun lalu.
– BTS Media