Oleh Zainal AS Rashid
KUALITI buruk makanan yang dihantar kepada mangsa banjir, ditambah dengan penghantaran lewat, tidak boleh diterima, kata Wee Ka Siong.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata mangsa yang terjejas di kawasannya hanya menerima sedikit hidangan makanan yang kelihatan hambar dan kurang berzat.
Dalam video yang disiarkan di Facebook, presiden MCA itu berkata mangsa banjir diberikan mihun goreng ringkas untuk sarapan pagi dan nasi bersama sedikit kubis dan kuah kari untuk makan tengah hari pada Ahad (5 Mac).
Beliau berkata hidangan itu sepatutnya untuk sarapan pagi tetapi, mangsa banjir  menerimanya pada pukul 11.00 pagi, dan mendapat bungkusan maka tengah hari pada pukul 2.00 petang. Itu pun dengan bahagian yang kecil.
Menurut Wee, siapa tidak marah apabila dilayan sebegitu.
Beliau berkata isu tersebut telah disampaikan kepada pengetahuan menteri yang bertanggungjawab.
-BTS Media