BTS Media

Dua lelaki sekat Maszlee bertemu mangsa banjir

Oleh Yusoff A. Shariff

BERLAKU pertengkaran antara calon Pakatan Harapan Simpang Renggam Maszlee Malik dan dua lelaki yang tidak membenarkannya memasuki pusat pemindahan sementara banjir di Sungai Rinai, Simpang Renggam.

Bagaimanapun, sekumpulan lain penduduk yang berada di lokasi setelah rumah mereka dinaiki air, tampil mempertahankan beliau.

Beberapa anggota polis kelihatan mengawal dua lelaki tersebut yang menuduh beliau sebagai “ahli politik penipu.”

Menurut Maszlee, mereka mendakwa mendapat arahan jangan dibenarkan ahli politik memasuki tempat tersebut.

Beliau memberitahu media bahawa apabila berlaku banjir beliau sentiasa melawat mangsa sejak beberapa tahun lalu.

Maszlee berkata tindakan mereka menunjukkan mentaliti buli BN.

-BTS Media

Leave a Comment