BTS Media

Bendahari Bersatu Mohd Salleh bebas dengan ikat jamin

Oleh Yusoff A. Shariff

BENDAHARI BERSATU Mohd Salleh Bajuri, yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung akaun parti itu, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu (4 Mac).

“Saya dimaklumkan Mohd Salleh dibebaskan dengan ikat jamin dan beliau boleh pulang ke rumah pada Jumaat (3 Mac),” katanya.

Beliau mendakwa penahanan Mohd Salleh adalah cubaan untuk memburukkan imej Bersatu di mata orang ramai.

Razali berkata wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Salleh.

“Apa yang saya difahamkan tiada deposit (dana) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Salleh. Beliau hanya menjaga akaun parti dan ia diaudit setiap tahun – ini bermakna akaun itu bersih tanpa sebarang deposit yang diragui.

“Melihat keadaan itu, saya menjangkakan lebih ramai pemimpin Bersatu akan ditangkap dan disiasat SPRM,” katanya kepada Sinar Harian.

-BTS Media

Leave a Comment