BTS Media

Keadaan banjir di Johor semakin serius, lebih 25,000 orang dipindahkan

SETAKAT ini jumlah mangsa yang dipindahkan telah melebihi 25,000 orang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor berkata kesemua 10 daerah di seluruh negeri dilanda banjir, dengan 25,213 mangsa daripada 7,013 keluarga mendapatkan perlindungan di 187 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi Khamis (2 Mac).

“Daerah paling teruk terjejas ialah Segamat, di mana 7,272 mangsa daripada 2,050 mangsa terpaksa keluar dari kediaman mereka di kawasan seperti Kampung Contoh, Chaah, Felda Pemanis dan Kampung Tenang.

“Ini diikuti Kluang (5,426 mangsa), Batu Pahat (3,236), Kota Tinggi (2,912), Johor Baru (2,096), Muar (1,667), Kulai (952), Tangkak (930), Mersing (472) dan Pontian (250),” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Meteorologi juga meletakkan Johor dalam zon merah atau berbahaya bagi hujan berterusan.

Jawatankuasa itu seterusnya berkata ambang paras air di lembangan Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing telah melebihi paras bahaya.

Jabatan Meteorologi juga meletakkan Johor dalam zon merah atau berbahaya bagi hujan berterusan.

Jawatankuasa itu seterusnya berkata ambang paras air di lembangan air di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing telah melimpah melepasi paras berbahaya.

Menurut kenyataan itu, hujan masih berterusan pada malam Rabu (1 Mac) hingga awal pagi ini (Khamis) dan pemantauan meramalkan keadaan mungkin reda selepas pukul 8 pagi.

Mereka yang terjejas banjir digesa menghubungi Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) untuk mendapatkan bantuan.

Leave a Comment