BTS Media

Nazri tak peduli kritikan pelantikan sebagai duta, hanya pendapat Agong, PM penting

GAMBAR ATAS: Facebook rasmi Istana Negara.

 

Oleh Fetty Rara

BEKAS ahli parlimen Padang Rengas Nazri Aziz mengetepikan kritikan terhadapnya berhubung pelantikan beliau sebagai duta Malaysia yang baharu ke Amerika Syarikat.

Nazri berkata yang penting hanyalah pendapat Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jika Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri merasakan beliau pilihan yang betul, maka beliaulah orang yang betul.

“Perasaan merekalah yang harus diambil kira, bukan sesiapa yang lain,” katanya kepada NST hari ini.

Pelantikan Nazri, yang juga bekas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat diumumkan oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam.

Yang di-Pertuan Agong telah menyampaikan watikah pelantikan kepada Nazri bersama sembilan lagi ketua perwakilan diplomatik baharu di Istana Negara semalam.

Pelantikannya, bagaimanapun, tidak dipersetujui terutama daripada kalangan bekas diplomat termasuk bekas duta ke Belanda Noor Farida Ariffin dan bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Kanada Dennis Ignatius.

-BTS Media

Leave a Comment