GAMBAR ATAS: Bernama tv 2013, CC BY-SA 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0>, via Wikimedia Commons
Oleh Zainal AS Rashid
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz tidak boleh jadi duta Malaysia ke Switzerland kerana dasar negara itu tidak menerima ahli Parlimen yang aktif bersidang sebagai diplomat, kata Kementerian Luar.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu (23 Mac) diperjelaskan bahawa pencalonan sebenarnya tidak ditolak oleh kerajaan negara berkenaan.
Ia adalah kerana pencalonannya tidak selaras dengan dasar negara itu tidak menerima ahli parlimen yang bersidang (sebagai duta).
Terdahulu, Ahli Parlimen Labis (Pakatan harapan) telah meminta kementerian menyatakan sebab Switzerland dan Indonesia menolak Ahli Parlimen Padang Rengas dan Pasir Salak sebagai duta Malaysia.
Mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN), kementerian itu berkata pencalonan beliau sebagai duta masih dalam pertimbangan oleh kerajaan Indonesia.
Pada tahun lalu timbul spekulasi lalu bahawa Tajuddin akan menjadi duta negara ke Indonesia.
Bagi Nazri pula, beliau sebelum ini pernah berkata bahawa beliau enggan menjadi duta ke Switzerland kerana perlu meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen terlebih dahulu.
-BTS Media