Oleh Zainal AS Rashid
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkongsi kenyataan ringkas buat pertama kali sejak beliau digantung enam tahun daripada UMNO malam tadi.
Melalui Twitter, beliau menulis, “Their evil must not make us lose our good” (Kejahatan mereka tidak boleh buat kita hilang kebaikan diri).
Ayat itu tersisip bersama gambar beliau memeluk seorang wanita yang dipercayai penyokong setia UMNO.
Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, catatan itu difahamkan adalah mengenai keputusan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
Hishamuddin, 62, adalah antara enam ahli yang digantung selama enam tahun, termasuk bekas ketua penerangan UMNO Shahril Hamdan.
Post tersebut turut mendapat komen daripada bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, yang merupakan antara 44 ahli yang dipecat daripada parti tersebut malam tadi.
Khairy berkata, “Tidak sangka…ini merupakan sebahagian daripada perjalanan kita bersama.”
“Tetapi, seperti yang saya katakan, ia bukan penamat. Ia jauh dari penghujung,” kata Khairy mengulas catatan Hishammuddin.
-BTS Media