PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata sukatan pelajaran pendidikan tamadun Islam di institusi pendidikan dan universiti perlu dikaji semula.
Beliau berkata kajian semula itu akan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang Islam di negara ini dan mengetepikan mereka yang didakwa menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan sokongan.
“Prinsip Islam mesti dirujuk kepada pihak berkuasa, hadis dan al-Quran. Namun, orang sekarang buat fatwa sendiri dan apabila kita tegur, kita dilabel sebagai anti-Islam.
Anwar berkata tidak boleh diterima jika guru agama mengeluarkan kenyataan yang salah.
“Ia tidak bermakna anda betul walaupun anda seorang tokoh politik atau ulama. Itu bukan ajaran Islam,” katanya pada pelancaran sebuah buku hari ini di Kuala Lumpur.
Anwar dilaporkan mungkin membidas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian wang kepada pengundi semasa PRU15 dilakukan oleh orang biasa yang bersedekah dan bukannya rasuah.
Beliau berkata, semakan itu akan dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khalid Nordin dan berharap pandangan tokoh ulama tamadun Islam dimasukkan dalam sukatan pelajaran.
-BTS Media