Oleh Zainal AS Rashid
JUMLAH mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,093 daripada 298 keluarga, setakat pukul 4.00 petang Selasa (24 Jan).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding 422 mangsa daripada 120 keluarga pada pukul 2.00 petang pada hari yang sama.
“Setakat pukul 4.00 petang, kita telah menyelamatkan 1,093 mangsa banjir dari tiga daerah terjejas, iaitu Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.
“Semua mangsa telah ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Jumlah mangsa tertinggi ialah di Segamat, dengan 975 orang daripada 273 keluarga ditempatkan di lapan PPS, diikuti Kluang dengan 75 mangsa daripada 19 keluarga di empat PPS.
“Di Kota Tinggi, seramai 43 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di satu PPS di Majlis Kampung Baru Sungai Mas,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan amaran bahawa hujan berterusan akan berlaku di Johor sehingga Rabu (25 Jan).
Empat sungai yang telah mencecah tahap bahaya (merah), dengan dua sungai mencatat tahap amaran (jingga).
“Sungai berbahaya ialah Sungai Gemas, Sungai Lenik, dan Sungai Segamat di Segamat, dan Sungai Kahang di Kluang.
Berada di tahan amaran ialah Sungai Muar dan Sungai Labis di Segamat.
Banjir turut menyebabkan penutupan jalan di Kota Tinggi di Jalan Ladang Sidang dan Segamat di Jalan Senai-Gemas.
-BTS Media