WALAUPUN durian dianggap ‘Raja Buah’ di Malaysia, namun ia masih tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ke hampir semua hotel, apa tah lagi untuk dimakan dalam bilik.
Pelakon Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong Yumi Wong mendapat pengajaran daripada larangan ini apabila dia didenda RM1,000 kerana memakan durian di bilik hotelnya.
Khamis lalu (12 Jan), pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik screenshot mesej teksnya bersama seorang petugas produksi menerusi Instagram Story.
Dalam screenshot itu, petugas tersebut memberitahu Wong bahawa hotel tempat dia menginap telah mengenakan denda RM1,000 ke atasnya kerana tetamu tidak dibenarkan makan durian di dalam bilik.
Sebagai bukti, kakitangan hotel telah menunjukkan gambar biji durian yang dibuang ke dalam tong sampah bilik hotelnya.
Wong kemudian mengakui bahawa dia tidak sedar tentang larangan memakan durian di bilik hotel.
“Saya telah didenda RM1,000. Durian ini sangat mahal,” katanya dalam catatan post.
-BTS Media