BTS Media

Wujud komplot ‘Langkah Dewan Merdeka’ cuba lulus usul sekat pertandingan dua jawatan tertinggi – Khairy

@khairykj Adakah usul NO CONTEST akan diluluskan? #umnomalaysia #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound - Khairykj

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Khairy mendakwa, tag di kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO sudah ditanggalkan ketika ini sebagai usaha membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.

“Petang ini akan ada undi untuk usul tambahan ini dan saya difahamkan ia akan ‘dibulldoze’ (dilanggar).

“Malah, beberapa tag di kerusi di Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah dicabut dan ditanggal supaya perwakilan import boleh dibawa masuk untuk sorak (sokongan) dan ‘bulldoze’ usul supaya ia (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden) tidak dipertandingkan,” katanya dalam satu video di TikTok, hari ini.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1051822/komplot-langkah-dewan-merdeka-cuba-lulus-usul-sekat-pertandingan-dua

Leave a Comment