LESEN jurulatih bola tampar yang dirakam dalam video menampar dua pemain remaja perempuan telah ditarik balik dan dia dilarang menjalankan sebarang aktiviti latihan.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan berkata mereka menyokong tindakan tatatertib yang diambil oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) berhubung insiden itu.
“Jurulatih yang juga seorang guru itu tidak dibenarkan menjadi jurulatih sukan lagi, termasuk di persekitaran sekolah,” kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
-BTS Media