BTS Media

Pantai Teluk Nipah terhakis sehingga tiga meter setahun – Kajian

GAMBAR ATAS: BTS Media.my

 

Oleh Zainal AS Rashid

KEADAAN Pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, Perak didapati semakin merosot disebabkan hakisan ombak secara berterusan sehingga tiga meter setahun.

Ketua projek kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) Dr Teh Hee Min berkata langkah kawalan hakisan di pantai itu perlu dilakukan segera sebelum ia lebih memudaratkan.

Beliau berkata kajian mendapati bahawa hakisan pantai di Teluk Nipah telah dikesan berlaku sejak 1990, namun tidak begitu ketara berbanding sekarang hingga menjadi maslah mendesak, lapor The Star.

“Langkah pencegahan jangka panjang akan memastikan masalah serius hakisan di pantai itu dapat diatasi, dan ia perlu menjadi keutamaan kerajaan bagi menjaga kawasan penempatan, pelancongan, akuakultur, pertanian, dan hutan pantai di situ,” katanya pada Rabu (4 Jan).

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Manjung Mohd Shamimi Mohd Tahir berkata terdapat empat lokasi semakin terhakis yang mengancam kemudahan atau infrastruktur pantai, iaitu Teluk Nipah, Teluk Dalam, Teluk Gedung dan Tanjung Kelawai yang menempatkan kira-kira 300 nelayan di kawasan sekitar.

“Antara langkah proaktif untuk melindungi kawasan pantai daripada hakisan adalah dengan membina tembok atau struktur batasan batu sepanjang 50 meter. Terdapat juga usaha dilakukan bagi mewujudkan bazar atau tempat yang lebih selamat untuk penjaja di tepi jalan meneruskan perniagaan mereka,”katanya.

-BTS Media

 

Leave a Comment