BTS Media

Gesa siasat jika wujud kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak

GAMBAR ATAS: Malaysiakini.

 

PARTI Hijau Malaysia (Penaja) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sekiranya wujud kartel kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak.

Setiausahanya Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya membuat laporan kali kedua hari ini selepas laporan pertama dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis di SPRM Shah Alam pada Oktober lalu.

Katanya, berdasarkan semakan mendapati kawasan kuari seluas 887 hektar itu dianugerahkan kepada 27 syarikat termasuk dari agensi Kerajaan Selangor.

“Aktiviti ini sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu. Kerajaan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor perlu disiasat bagi membuktikan serta mendedahkan pihak yang memberi kelulusan,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan bangunan SPRM di sini, hari ini.

September lalu media melaporkan, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor Hee Loy Sian berkata, kira-kira 28 peratus daripada Hutan Simpan Bukit Lagong bersedia untuk diusahakan sebagai pusat kuari tanpa perlu dikeluarkan dari rizab hutan simpan.

Beliau dipetik berkata, semua kelulusan kuari dikeluarkan dalam bentuk lesen kecil mengikut Seksyen 28 Enakmen Akta Perhutanan Negara (Penggunaan) 1985 dan status tanah itu kekal sebagai hutan simpan.

Abdul Razak berkata, siasatan pihaknya mendapati terdapat pengusaha tiada pengalaman dalam bidang kuari dan diberikan kepada kroni membabitkan parti politik bagi mendapatkan keuntungan ‘atas angin’.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047482/gesa-siasat-jika-wujud-kartel-kuari-hutan-simpan-bukit-lagong

Leave a Comment