GAMBAR ATAS: BTS MEDIA.
Oleh Fetty Rara
SEMUA aktiviti mendaki dan rekreasi di hutan simpan kekal (HSK) di Selangor tidak akan dibenarkan mulai 1 Nov berikutan musim tengkujuh.
Jabatan Perhutanan Selangor dalam satu kenyataan pada Rabu (12 Okt) berkata, penutupan berkuat kuasa sehingga 31 Jan.
Menurut jabatan itu, ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan semasa hujan.
Kawasan yang terbabit, termasuk Taman Hutan Eko Kanching dan Taman Templer di Rawang serta Taman Sungai Congkak di Hulu Langat.
Notis yang sama telah juga dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Perak yang menyatakan bahawa eko-hutan dalam rizab di negeri itu akan ditutup kepada orang ramai mulai 1 Nov sehingga tarikh yang akan ditentukan.
-BTS Media