Oleh Yusoff A. Shariff
TAMAN eko-hutan, hutan negeri dan kawasan mendaki dalam hutan simpan kekal di negeri Kedah akan ditutup buat sementara waktu mulai Selasa (18 Okt).
Dalam kenyataan Jabatan Perhutanan Kedah, penutupan sementara itu berikutan musim tengkujuh terutama di bahagian utara Semenanjung Malaysia ketika ini.
Tarikh pembukaan semula akan diumumkan kemudian. Bagaimanapun, penutupan sementara itu tidak termasuk taman eko-hutan yang telah diswastakan.
Jabatan Perhutanan Kedah juga memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Hujan yang berterusan menyebabkan banyak bahagian di Kedah ditenggelami air, dengan beberapa kawasan mengalami banjir besar.
Di Langkawi, banjir di Kampung Teluk Yu di Ayer Hangat telah mencecah tahap bahaya.
Kawasan lain di pulau itu, termasuk Kampung Belanga Pecah, Kampung Kilim, Bukit Kemboja, Sungai Melaka, Empangan Padang Saga dan Kampung Telaga Ayer Hangat tidak terkecuali.
-BTS Media