BTS Media

Kerajaan Sabah akan putuskan dasar ketibaan dari China hanya selepas taklimat Jabatan Kesihatan

GAMBAR ATAS: user:Oscark, CC BY-SA 3.0 <http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/>, via Wikimedia Commons

 

Oleh Zainal AS Rashid

KERAJAAN Sabah memutuskan bahawa negeri itu hanya akan menentukan cara menguruskan ketibaan dari China selepas mendapat taklimat daripada Jabatan Kesihatan negeri.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu (31 Dis), jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata bahawa syarat bagi ketibaan dari China yang memerlukan keputusan negatif ujian Covid-19 pra-berlepas sebelum dibenarkan memasuki Sabah akan digantung sementara.

“Ia akan ditangguhkan sehingga Jabatan Kesihatan Sabah memberi taklimat dan cadangan kepada kabinet negeri pada Rabu (4 Januari),” katanya.

Kenyataan itu adalah bagi membetulkan kenyataan akhbarnya sebelum ini bahawa berkuat kuasa 1 Jan 2023, mereka yang tiba dari China perlu menunjukkan hasil ujian negatif dalam tempoh 48 jam sebelum memasuki Sabah.

-BTS Media

Leave a Comment