Oleh Zainal AS Rashid
SERAMAI 51 orang dewasa dan 30 kanak-kanak didaftarkan untuk bermalam di tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa di Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal Jumaat (15 Dis), kata penjaga tapak perkhemahan yang mahu hanya dikenali sebagai Chang, lapor Bernama.
Bagaimanapun, Chang berkata dia tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berumur bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu didaftarkan.
Chang berkata mereka yang berkhemah kebanyakannya terdiri daripada keluarga, dan tiada kumpulan pelajar sekolah atau universiti.
Sebelum ini dilaporkan kira-kira 100 orang dikhuatiri terperangkap di tapak perkhemahan berikutan tanah runtuh tersebut.
Sehingga pukul 1.00 tengah hari, 16 kematian disahkan dan pihak berkuasa masih mencari 17 lagi mangsa.
-BTS Media