BTS Media

JAHAT: Tidak betul tuduhan bahawa RM620 bilion semasa PKP tidak direkod oleh kerajaan pimpinan Muhyuddin

Oleh Yusoff A. Shariff

BEKAS perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tuduhan bahawa perbelanjaan bernilai MR620bil yang tidak direkodkan oleh Jabatan Perbendaharaan.

Beliau berkata tuduhan itu ia adalah palsu kerana semua sebenarnya semua perbelanjaan telah direkodkan dalam akaun kerajaan.

Melalui akaun media sosial rasminya, Ismail Sabri yang turut berkongsi tuduhan yang dilemparkan melalui pengguna akaun media sosial Yusoff Bachek @mohayusba.

Dalam post itu, Yusoff mendakwa RM620 bilion tidak direkodkan oleh Perbendaharaan dari 2020 hingga 2022 semasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan pandemik Covid-19.

Post tersebut mendakwa kononnya bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri tidak mahu orang lain menjadi perdana menteri baharu kerana ingin menutup perkara tersebut.

“Nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan ialah RM530 bilion, di mana sebahagian besar daripadanya tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman bank).

“Perbelanjaan langsung Kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telah pun diluluskan Parlimen sebulat suara.,” jelas Ismail Sabri dalam catatan media sosialnya.

Pada 16 Mac 2020, perdana menteri ketika itu Muhyiddin telah mengumumkan bahawa tambahan RM620 juta akan dibelanjakan untuk membantu ekonomi menghadapi kesan pandemik Covid-19.

-BTS Media

Leave a Comment