Oleh Fetty Rara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan dakwaan bahawa ia tidak bertindak dalam kes pengabaian dan penderaan seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata antara tindakan yang diambil termasuk melucutkan hak pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sebagai penjaga sah anak angkatnya tahun lepas.
Selain itu, beliau berkata kementeriannya juga telah bertindak menyita rumah kebajikan itu dan mengeluarkan notis kompaun pada Julai tahun lepas.
KPWKM juga telah mengetatkan undang-undang berhubung pengambilan untuk anak angkat melalui beberapa pindaan bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
Menurut Rina, KPWKM turut memberikan bimbingan dan sokongan emosi (kepada Bella) kerana dia mengalami trauma.
Dalam hal berkaitan, KPWKM juga telah mengetatkan undang-undang berhubung pengambilan untuk anak angkat melalui beberapa pindaan bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
Beliau memberitahu media di Desa Pandan, Kuala Lumpur semalam (21 April) bahawa ada tindakan diambil oleh KPWKM yang tidak dimaklumkan, namun ia tidak bermakna pihak kementerian tidak buat apa-apa.
-BTS Media