BTS Media

Muhyiddin faham mengapa GRS kini sokong kerajaan perpaduan pula, kata Hajiji

Oleh Yusoff A. Shariff

KEPUTUSAN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyertai kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk kebaikan negeri itu.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau telah menyampaikan hasrat gabungan itu kepada Anwar malam tadi berhubung sokongan mereka kepada perdana menteri.

“Ia demi kebaikan Sabah dan kestabilan politik. Jadi, kami menyokong beliau dan kerajaannya,” katanya.

Hajiji, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata pihaknya tidak mahu rancangan membabitkan kepentingan rakyat dan negeri terganggu oleh politik.

GRS, yang memenangi enam kerusi pada PRU15, pada Isnin (21 Nov) menyuarakan sokongan GRS terhadap Muhyiddin, pengerusi Perikatan Nasional, sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau mahu semua agenda Sabah Maju Jaya direalisasikan untuk rakyat Sabah.

“Kita ada tiga tahun lagi untuk mentadbir Sabah, jadi, kita tidak mahu terlalu banyak politik dan pelbagai gangguan kerana bagi kita, apa yang penting ialah kepentingan rakyat dan negeri,” katanya ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan 2023 Sabah di bangunan Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu.

Ditanya sama ada GRS akan meminta jawatan timbalan perdana menteri, Hajiji berkata beliau akan menyerahkan keputusan itu kepada kerajaan persekutuan.

Hajiji juga berkata beliau percaya pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memahami mengapa GRS menyokong kerajaan perpaduan.

GRS, yang memenangi enam kerusi pada PRU15, pada Isnin (21 Nov) menyuarakan sokongan GRS terhadap Muhyiddin, pengerusi Perikatan Nasional, sebagai Perdana Menteri ke-10.

Bagaimanapun, pada Khamis (24 Nov), beliau berkata GRS bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

-BTS Media

Leave a Comment