Oleh Zainal AS Rashid
PERIKATAN Nasional (PN) akan bertindak sebagai komponen semak dan imbang kepada kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan, kata pengerusi pakatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong, beliau juga berkata PN akan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.
“PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil, katanya lagi dalam satu kenyataan.
Pada Khamis (24 Nov), bekas perdana menteri itu mencabar Anwar untuk membuktikan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
-BTS Media