GAMBAR ATAS: Kompas.
SEKURANG-KURANGNYA 46 orang maut, 700 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter di daerah Cianjur, Jawa Barat.
Menurut pihak berkuasa, kawasan terjejas teruk termasuk perkampungan Limbangan Sari.
“Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan yang runtuh,” katanya ketika sesi taklimat melalui TV.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Abdul Muhari berkata, setakat ini 343 rumah dilaporkan rosak.
“Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas,” katanya.
Gegaran turut dirasakan oleh penduduk di Jakarta dan Bekasi pukul 1.21 petang waktu tempatan.
Gempa bumi itu di kesan pada kedalaman 10 km.
Gegaran susulan selama hampir 15 saat di rasai di Cianjur dan kurang tujuh saat di Bandung, Bogor, Sukabumi.
-BTS Media