BTS Media

Calon Pakatan Harapan (PH) Padang Serai M. Karupaiya meninggal dunia

CALON Pakatan Harapan M. Karupaiya, yang bakal bertanding bagi kerusi parlimen Padang Serai, telah meninggal dunia.

Punca kematiannya masih belum diketahui, lapor The Star.

Karupaiya memenangi kerusi itu pada PRU14 selepas menewaskan Leong Yong Kong dari MCA dan Muhammad Sobri Osman dari PAS dengan majoriti 8,813 undi.

Calon lain untuk kerusi Padang Serai ialah Sivaraj Chandran dari Barisan Nasional, Hamzah Abd Rahman dari Pejuang, Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional, Mohd Bakhri Hashim dari Warisan dan calon bebas Sreanandha Rao.

-BTS Media

Leave a Comment