BTS Media

Calon PN Parlimen Setiawangsa Nurul Fadzilah tekad perjuang generasi muda

Oleh Fetty Rara

ISU peluang pekerjaan bagi generasi muda di Parlimen Setiawangsa antara yang diberi perhatian oleh calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Fadzilah Kamaluddin sekiranya memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, isu ini diambil maklum memandangkan ramai dari kalangan generasi berkenaan telah menyuarakan masalah tersebut kepadanya.

Bagi Nurul Fadzilah perkara ini amat dekat di hatinya memandang beliau sendiri tergolong dalam kelompok berkenaan.

“Saya telah menyediakan 10 tawaran kepada penduduk di Setiawangsa, salah satunya untuk mewujudkan ‘Program Karnival Setiawangsa: Sihat dan Sukses.’

Beliau berkata menerusi program itu tumpuan akan diberikan kepada anak muda, termasuk tawaran pekerjaan daripada syarikat-syarikat yang menyertainya.

“Jadi saya kira, ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada mereka,” kata beliau kepada Sinar Harian selepas Program Sinar ‘Live’ pada Selasa.

Bagi menzahirkan wawasan dan tawaran ini, Nurul Fadzilah  mengingatkan seluruh generasi muda supaya keluar mengundi semasa pilihan raya nanti.

Jelasnya, setiap undi yang diberikan oleh generasi muda memberikan makna besar bagi masa depan negara.

-BTS Media

Leave a Comment